Thursday, 10 March 2011

KITARAN HIDUP NYAMUK ANOPHELES DAN PARASIT MALARIA

KITARAN HIDUP MALARIA
Melibatkan 2 jenis perumah iaitu manusia sebagai perumah perantara dan nyamuk sebagai perumah definitif. Selalunya nyamuk Anopheles betina yang akan menjadi perumah definitif bagi malaria.

Kitaran Hidup Sexual
Segalanya bermula apabila nyamuk Anopheles betina menyedut darah perumah yang mengandungi gametosit malaria.
Di dalam usus tengah nyamuk, gametosit akan menjadi matang dan membentuk gamet di dalam proses ekflagelasi. Mikrogamet( gamet jantan) akan berinteraksi dengan mikrogamet( gamet betina ) dan bersenyawa membentuk zigot yang dipanggil ookinate. Proses  persenyawaan ini dipanggil kemotaksis.
Ookinate akan membentuk bulat dan menghasilkan suatu keadaan dinding bersista dan keadaan ini dipanggil Oosista.
Keadaan ini la yang akan membesar dan membentuk sporozoit dan ditranmisikan ke dalam tubuh manusia melalui kalenjar air liur nyamuk.

makrogametosit
mikrogametosit
Ookinate
Oosista
Sprozoit
Gametosit
                                                                        
 

Kitaran Hidup Dalam Tubuh Manusia

Bermula apabila trofozoit memasuki tubuh melalui darah periferi dan berlegar-legar dalam 30 minit.
Ia bergerak ke dalam sel parenkima hati dan menyerang sel tersebut sehingga membentuk skizon. Skizon akan memecahkan sel hati dan membebaskan       beribu-ribu merozoit ke dalam sistem darah eritrosit
Kebanyakan merozoit tersebut mungkin akan dihancurkan oleh fagosit dan sebahagiannya akan berubah menjadi menjadi trofozoit di dalam eritrosit. Sebahagian trofozoit tersebut akan  bertukar menjadi skizon.
Skizon tersebut akan membahagi menjadi merozoit baru dan memecahkan eritrosit.
Saat merozoit terbebas, eritrosit pecah dan demam akan menjadi simptom penting akibat pembebasan toksik dalam darah. Apabila merozoit terbebas, kitaran hidup akan berulang bermula dari merozoit.
Trofozoit yang lain akan membesar membentuk gametosit jantan( makro ) dan betina( mikro ). Gametosit tersebut akan berlegar-legar dalam darah dan menunggu keadaan untuk disedut oleh nyamuk.

 
KITARAN HIDUP NYAMUK ANOPHELES
Untuk kelangsungan hidup, nyamuk memerlukan air. Peringkat fasa nyamuk yang berada di dalam air ialah: telur, jejentik, dan kepompong. Setelah satu atau dua hari telur berada di dalam air, maka telur tersebut menetas dan mengeluarkan jejentik. Jejentik yang baru keluar dari telur halus seperti jarum. Dalam pembesaranya jejentik Anopheles mengalami pertukaran kulit sebanyak empat kali.
Masa yang diperlukan untuk pertumbuhan jejentik adalah seminggu bergantung pada suhu, keadaan makanan serta spesis nyamuk. Dari jejentik, akan tumbuh kepompong (pupa) yang merupakan fasa atau keadaan rehat dan tanpa makanan. Fasa kepompong ini mengambil masa satu sampai dua hari. Setelah itu, dari kepompong tersebut akan keluar nyamuk dewasa berdasarkan jenis jentinanya.
Setelah nyamuk bersentuhan dengan udara, nyamuk tersebut akan mampu terbang selepas seketika, ia meninggalkan lingkungan berair untuk meneruskan hidupnya didarat atau udara. Dalam meneruskan keturunannya. Nyamuk betina kebanyakan akan mengawan sekali sahaja selama hidupnya. Biasanya proses mengawan terjadi setelah 24 -48 jam dari saat keluar ia keluar dari kepompong.

1 comment:

  1. you r wrong typing...gamet betina is MAKROGAMETOSIT..not mikrogametosit.

    ReplyDelete